BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 7 Oktober 2010

KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di negara kita pada suatu masa dahulu (1942-1945), telah membawa kesan dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.


KESAN POLITIK


Menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk. Misalnya, slogan ''Asia untuk orang Asia" yang telah berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak pemerintahan penjajah Barat.


Memberi peluang kepada penduduk di negara kita untuk memegang jawatan dalam pentadbiran yang membawa kepada semangat berkerajaan sendiri.


Pendudukan Jepun juga telah memberi kesedaran kepada penduduk di negara ini agar tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing. Misalnya pihak Jepun yang telah menjanjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu namun janji tersebut hanya tinggal janji sahaja.






KESAN EKONOMI

KEGIATAN PERDAGANGAN LUMPUH

British telah mengamalkan "bumi hangus" dimana mereka telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum berundur dari Tanah Melayu


EKONOMI DAN TARAF HIDUP MEROSOT

Jepun telah memaksa penduduk Tanah Melayu bercucuk taman seperti ubi kayu, keledek, jagung, pisang, dan sebagainya hingga menyebabkan inflasi akibat daripada pengedaran wang kertas yang tidak terkawal. catuan bekalan makanan juga diperkenalkan.


KEWUJUDAN INDUSTRI BARU

Munculnya industri baru yang berasaskan industri tempatan. industri baru ini diasaskan oleh syarikat-syarikat dari Jepun.




KESAN SOSIAL

KETAKUTAN DAN KESENGSARAAN PENDUDUK

-dikenakan perintah berkurung dan sekatan jalan raya
-saling mencurigai
-hukuman dera dan mati dijalankan di khalayak ramai
-penduduk tempatan dijadikan buruh paksa

Penindasan terhadap orang Cina yang menyebabkan permusuhan berlaku dengan orang Melayu

Menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang Melayu serta pentingnya pelajaran di mana selepas perang sekolah-sekolah Melayu berkembang dengan pesat.







2 ulasan:

zagirqueenan berkata...

Review of the Slot Games of Slot Machine | Casinobites777
The slot machines on this 승인전화없는 사이트 website offer an opportunity to play the game 네이버 룰렛 of slots from a game developer. This 사다리사이트 is the 램 슬롯 kind of online gambling site that we 망고 도매인 would

Unknown berkata...

How to make money from betting on football - Work Tomake Money
If you're having casinosites.one problems finding a winning bet gri-go.com online for the worrione day of your choosing, then there are plenty herzamanindir.com/ of หารายได้เสริม opportunities available right here.